Monday, April 28, 2008

Introduksi kepada Pushpapura

(Era pembuka kata : 2003)
Pushpapura? Siapakah pushpapura? Di tubuhkan pada 17 January 2003, di Dungun, Terengganu oleh 3 orang budak riang, Tarmimi(Vox, Guitar), Buja(Drum) dan Faizal Joe(Bass). Tarmimi merupakan seorang anak pegawai kerajaan yang berpindah-randah, cintanya terhadap muzik begitu agung sekali telah berkenalan dengan Buja dan Faizal Joe oleh Gopal. Mereka mula memprektiskan diri mereka di jamming studio bernama Jeff Studio di mana taukenya begitu garang sekali sedangkan si Jeff hanya menyediakan gitar cap SAMICK sahaja (mungkin kerana takut calar). Kami bermula dengan mengcover muzik dari Nirvana, Butterfingers, Muck (ipoh band) sehinggalah ke Radiohead dan banyak lagi.

(Era retroactive : 2004)
Beberapa bulan kemudian, Faizal Joe terpaksa meneruskan pengajian nya dan tempat nya diganti oleh abang Tarmimi, Zamri. Sejurus selepas itu Tarmimi sudah tidak berminat hendak menyanyi kerana hendak menumpukan sepenuhnya terhadap gitar sahaja dan telah merekrut Berd sebagai penyanyi (dan kadangkala bermain gitar sambil menyanyi). 'Chemistry' di antara 4 anak muda ini semakin kukuh yang mana mereka meperjuangkan fully diy, tiada unsur 'korporatisme' dalam muzik dan sentiasa ingat pada asalan mereka. Semasa session ini Pushpapura telah mengeluarkan demo kaset bertajuk "retroactive", dan Tarmimi sudah mula memasukkan unsur-unsur papan kekunci pada lagu-lagu mereka. Tarmimi terpaksa menjual kaset mereka dengan menumpang berniaga pada bundle kawan nya yang menjual accessories independent di pasar malam.

(Era Muzimatika : 2004)
Pushpapura telah mengeluarkan demo kedua mereka yang mana mendapat review di ROTTW yang agak pedas dan ia membuatkan kami semakin gigih berusaha, lagu bertajuk Di Pentas Dunia telah diputarkan di RED 104 dan kami amat berpuas hati dengan sokongan dari ROTTW, thanks to ROTTW...

(Era Prejudice Is Childish : 2005)
Pada saat ini, Pushpapura telah berkenalan dengan seorang sahabat bernama Nawa yang mana tuan tanah kepada Mosh Pit Studio dan Tarmimi telah mula berjinak-jinak dengan kejuruteraan audio dan telah bekerja dengan Nawa. Lantas, Nawa telah menjadi salah seorang dari kami tapi jodoh kami tidak lama setelah berbagai rintangan dan kami terpaksa melepaskannya. Dan, dia adalah seorang yang berbakat, mempunyai idea yang aneh lagi bernas. Itulah nawa, he's the man. Pada masa ini, Demo ketiga mereka bertajuk "Prejudice Is Childish" yang dirakamkan di The Mosh Pit Studio di bawah produksi mereka sendiri. Kali ini, review yang di terima agak baik dan thanks again to ROTTW, dan lagu yang diputarkan di RED 104 adalah bertajuk "Toxicus Network".

(Era Kolaborasi : 2007)
Tarmimi, Zam telah menjemput Rody untuk bermain papan kekunci bersama Pushpapura dan pada masa yang sama Tarmimi telah berkenalan dengan Sue Anna Joe dan membuat band projek bernama Super Animal Junkies bersama Zam dan Rody. Untuk lebih lanjut, layari http://www.myspace.com/superanimaljunkies

(Terbaru : 2008)
Kami terpaksa lambatkan sikit release EP terbaru, Beta Durjana...maaf atas kesulitan...
Line Up terkini:
Berd: Vokal, Gitar Tong
Tarmimi: Gitar, Kibod, Back up Vokal
Zam: Bass, Back Up Vokal
Nawa: Gitar, Back Up Vokal
Syahdu: Deram Maut
http://www.myspace.com/pushpapura

Sekian Sahaja,
Terima Kasih.

No comments: