Wednesday, May 28, 2008

EP (confirm tajuk dan list lagu)

PUSHPAPURA : BETA DURJANA
08::08::08

1. Beta Durjana©
2. Cinta Korporat©
3. Interlabah©
4. Labah _ Labah
5. Di Atmosfera Ranjang©
6. Manusia Kian Kejam©
7. Wirawan©

Maju muzik untuk negara, tanpa muzik negara binasa

Tarmimi_pushpapura

Thursday, May 22, 2008

Apa yang merisaukan kami ! ! !

Semenjak dua menjak, aku agak risau tak sempat rillis EP baru PUSHPAPURA (08.08.08). Aku excited and i work for it like hell. Kami kena bekerja keras sebab kami nak yang terbaik, even mungkin ada kureng, ye la..rec diy, bukan wat kat Studio canggih manggih...tapi kami ada IDEA. Tanpa idea sapelah kita kan...hahaha

Senarai lagu yang confirm release(Tanpa Susunan):

Cinta Korporat
Interlude Labah-Labah
Labah-Labah
Di Atmosfera Ranjang
Manusia Kian Kejam
Wirawan



Sekian,
Tarmimi_Pushpapura

Thursday, May 15, 2008

Q & A

Interview dari saudara Harez Ezme kepada Tarmimi, beliau merupakan kawan baik kepada Tarmimi. Go! Go! Go!


-Ini gambar Harez Ezme-


Harez: Apa konsep dlm EP terbaru kumpulan pushpapura kali ini?
Tarmimi: Konsep kami kali ini dari segi lirik, lebih pada sound tepat secara halus dan telus terhadap isu2 semasa, manusia yang semakin hilang punca, dan semestinya anti-koporatisme. Akar kami masih lagi grunge dan psychdelic cuma ia telah dikacuk dan diadun secara secukup rasa...hmmm, dengan kata lain 'hybrid' tapi bukan Linkin Park k. Haha!

Harez: EP bru ni sume melayu ek?
Tarmimi: Ya betol! Sepuluh markah tepat dan padat untuk anda. Sebab dah sampai masanya kita mengagungkan bahasa Melayu or lebih tepat lagi bahasa malaysia. Lirik lebih mudah difahami dan mudah untuk para pendengar menghayati lagu kami yang tak seberapa ni (merendah diri - kononnya)

Harez: Kenapa kumpulan anda memilih untuk membawa kesemua lagu melayu dlm EP kali ini?
Tarmimi: Untuk tahu jawapan bagi soalan ni, lihat jawapan di atas.

Harez: Anda tak takut ke kalau peminat anda tak boleh terima lagu melayu?
Tarmimi: Tak. Sebab mostly mereka semua melayu, mereka tidak mudah lupa. Betul tak kawan-kawan.

Tarmimi: Taknak tanya makanan kegemaran dan hubungan percintaan kami ke? kakakak!
"CUT!"

(Soalan di bawah berhubung isu yang mana Pushpapura menggalakkan orang ramai download lagu dari EP lama mereka secara percuma di http://www.reverbnation.com/pushpapura)

Harez: Bukankah kalau membenarkn rakyat jelata memuat turun lagu dari layar intenet akan menggalakkan gejala cetak rompak berleluasa di malaysia?
Tarmimi: Kami bukanlah menyokong industri cetak rompak sebaliknya apa yang kami sedang lakukan sekarang adalah sebagai satu cara untuk kami menunjukkan kami menghargai atau hadiah dari kami kepada pendengar dan rakan-rakan yang menghargai lagu kami. Haha, lagipon EP lama tuh dah takde stock and master pon dah hilang. Mari sama-sama mendownload! yeah!

Harez: Pushpapura dah dikenali oleh peminat dgn muziknya yg rock english. Anda tak takut peminat tak boleh terima the new pushpapura ataupun organizer gig tidak lagi menjemput anda ke gig mereke kerana penampilan muzik baru dan anda hanye akan dijemput ke konsert pop yeh yeh?Tak takut kah anda??
Tarmimi: Owh bagi kami kami tak kisah dengan semua itu sebab kami bukan bermain muzik for the sake of money, memang benar duit adalah segalanya di zaman moden serba canggih ini, tapi dalam perjuangan muzik kami, tu semua hanyalah bonus bagi kami. Cam ang pau je la ek, bayar tiket bas pon jadik la, haha. Kami suke pop yeh yeh. Ahaks! Kalau mereka tak nak ajak kami buskin' je kat KLCC k, jupe di sana.

Harez: Apakah tajuk ep terbaru n date release?
Tarmimi: Untuk makluman semua, ia akan direleasekan pada 08.08.08, kami bergerak tanpa label, fully diy. Tajuk pula masih dalam proses memikir sambil makan kuaci, tak jupe tapi idea untuk tajuk tu pasti datang secara separa-automatik.

(Berhubung band projek bersama Sue Anna Joe, Super Animal Junkies...http://www.myspace.com/superanimaljunkies)

Harez: Perkembangan terbaru Super Animal Junkies... dengar khabar ada lagi satu projek band lain?betol ke.?
Tarmimi: Perkembangan kami sedang bercuti memandang kan Cik Anna Joe kite nak mendirikan rumah tangga bersama hubby tercinta...korang ni, kasi chance la dorang honey moon dulu..hahaha! Projek band lain? Ada, band uk bernama Radiohead, tapi suh aku tukang usung gitar je la kalau dorang ada konsert! Aku tolak! hahaha!

Harez: Kata-kata terakhir untuk EP terbaru Pushpapura?
Tarmimi: Dapatkan EP kami yang original pada 08.08.08, tarikh ong ma! Kalau nak tunggu free download macam lagu lama kami tunggu 3 tahun lagi k! Berhati-hati di jalan raya, elakkan pembaziran beras sebab beras dah semakin pupus, dan sama-sama kita jimatkan elektrik, kurangkan penggunaan kenderaan, amalkan kehidupan "anti global warming". Assalamualaikum semua and thanks to Harez yang sudi menemuramah aku...assignment aku tak anta lagi dolll! ! ! !







-Tarmimi of Pushpapura-

Wednesday, May 14, 2008

Mari Men'DOWNLOAD' secara percuma!

MARI MEN'DOWNLOAD'!

Kini anda boleh men'download' semua lagu dari EP lama kami yang bertajuk "Prejudice is Childish" secara PERCUMA! ! ! di www.reverbnation.com

PUSHPAPURAQuantcast

Monday, May 12, 2008

Gambar gig di La Locos Pub : 11 May 2008

Ini adalah sedikit picture yang di snap oleh Fadhil menggunakan Iphone nya yang masyuk itu...credit to Fadhil. Untuk makluman, gambar2 akan di upload lagi yang mana di snap oleh anne 'the rabbit', peace baybeh.