Saturday, August 9, 2008

09:08:08 Tragedi Kereta Rosak+Rabak

Tatkala malang menimpa
======================

Sabtu,9 Ogos 2008. Salah satu hari yg aku rasa xkan ilang dari memori ingatan bebudak Pushpapura.Lebih kurang pukul 12.00,kami semua baru shj bangkit dari alam tidur.Dan kemudian,lepas mandi-mandi,mimi menyiapkan segala kelengkapan perang utk gig Paul's Place sebelum menantikan kehadiran Mat Du dekat lobi bawah.Lupa nk bagi tau,ari ni 2nd guitar PP xdpt perform sbb kene mengattendkan diri ke majlis kawin 3 beradik member dia.So kami juz ada 4 kerat je.

Zam n berd turun dulu,n tggu Syahdu kt lobi bwh.Berd kata dia moral down sbb ari ni xcukup org.Tambah lagi xde keyboard,lagi la mengurangkan kehappeningan PPura.Rasa semcm je.Pastu Syahdu smpai,tgk2 mata mcm mat drug sbb bengkak sana bengkak sini.rupanye xcukup tido,tp sebnarnya mmg dia xtido pn sbb terlalu letih praktis jamming malam smlm,berdasarkan percakapan mulut dia yg macho tu.

Sbb bertolak,kami sempat menyuap selera kt restoran ternama "Al-Safa".Selesai majlis penyuapan,kami menggerakkan diri ke dlm kereta Wira Syahdu yang bersinar2 dipantul oleh cahaya matahari.

Dalam perjalanan tu,shadu agak pusing dan ilang fokus skit dsebabkan oleh masalah xcukup tido.Walaubagaimanapun,dia sempat menghonkan hon kereta dia ditujukan khas kepada sorang awek dlm kete kancil yg juga sedang bergerak di sebelah kiri kereta kami.Tp tu hanyalah sekadar utk hiburan smata-mata...hehe..kmudian Syahdu mjdi pelik sbb jalan yang kitorang lalu tu agak xsesuai utk dilalui.Rupa2nya salah jalan la plak.Tp selepas membuat meeting ringkas sesama kitorang dlm kete,akhirnya kitorang mbuat keputusan utk mengmbil jln ke Roundbout Selayang...

Tgari tu,,jln agak pack mcm sardin kat area sebelum ke Bulatan Selayang.Kitorang tension,Syahdu lagi tensyen.Kereta xgerak2 smpai 15 minit.Tiba2,aku terdengar Syahdu tekan pedal dia dgn semcm je..pastu kereta jd sangkut2..ton muka shadu plak jd light-yellow..aku budget ade sumthg yg xkene dh tjadi.Tengok shadu pun dh start menggeleng-gelengkan kepalanya yang diekori oleh rambutnya yg seksi.Kete dah rosak.Dh bkali2 shadu try jalan tp tersangkut2.Kitorang masing2 jd mati kutu.Pastu shadu call awek dia Fiza.Mintak tolong ambik kat tempat kejadian.Walaubagaimanapn,vokalis kami Berd sempat menghirup udara segar diluar sambil berposing dalam keadaan pilu.Dalam masa yg sama,mimi n Syahdu membuat "Plan A"iaitu berd mengambil moto tarmimi dekat kipark dan pegi balik ambil tmimi dan dua2 nek 1 moto.

Pastu Fiza smp n parking kat blakang.Kami smua tumpang naik kete dia.Cuma Syahdu je yg nk drive kete Wira yg umpama Optimus Prime yang telah tewas dlm peperangan.Kami yg dlm kete fiza jalan dulu,Syahdu mengekori dari belakang.Ketika atas jalanraya di Selayang,kami terperasan 1 kedai kereta "Pusat Servis KEnderaan & Tayar".Tarmimi call Syahdu dan menginformkan dia tentang lokasi kedai tu.Kami tggu Syahdu bersama keretanya yg terkapai2 di tepi jalan utk smp ke tmpt kami brada.Tp kemudian Syahdu tersalah masuk jalan sbb dia masuk kiri yg pertama,dan smp kat kedai Proton la plak.Jadi,terpaksa lah kami bergegas ke sana.

Selepasa mencari lokasi di mana shadu berada,kami keluar dan menjaga kereta syahdu.Sementara syahdu & fiza pegi mencari kedai kereta yg kitorang nampak tadi.Ketika sedang menunggu dorg kembali,berd sempat menonjolkan bakat terpendamnya yg sesuai utk gaya seorang polis trafic.Dia bagi "signal berjaga-jaga"kat lori-lori yang nak masuk kat corner tempat kete syahdu parking.Sbb jln dia jadi agak sempit.Zam pulak sempat membli top-up Hotlink bernilai rm10 di sebuah kedai berdekatan.Cuaca agak panas terik,kami rasa seperti kalau pecah telur atas kepala boleh jadi telur mata lembu al-safa. Lebih kurang 25 minit,Syahdu dan fiza kembali dan kami pegi ke kedai kereta tu.

Kat situ,Syahdu bawak kete dia masuk ke workshop.Pastu syahdu n fiza pegi cucuk duit kat atm.Tarmimi pulak nk pegi toilet kat kedai mamak kat area situ,tp xjadi sebab keadaan toiletnye yg tunggang langgang.Pastu kami tny cina kat kedai tu brapa lama bole siap.Dia kata dalam lebih kurang 1jam setengah.Syahdu berdiscuss ngn fiza dan xlama kemudian,fiza membuat kputusan utk stay kat bengkel kereta dan Syahdu dan kami pulak akan meneruskan perjalanan ke Paul's Place.Naik kereta FIza.Maknanya Plan A tu xjadi la.

Beberapa minit kemudian, kami pon berlabuh ke Paul's Place, dan bertegur sapa dengan Mika "Micro Music", then kami naik atas.
Selepas "lapor diri" dekat bouncer...kami naik, semua sibuk nak ke tandas. Masa tu, susur masa tengah Perform, bassist dia cam kami cam jerk, kekeke... Tarmimi sedang tune gitar...tiba2...fiza call Syahdu...kereta yang lepas di baiki tadi meragam lagi dan stuck di 'somewhere', dan... kami pon minta diri kepada mika, dan meminta maaf atas kejadian yang menimpa....kami tak sempat perform////

p/s: Zam sempat melepaskan "saham" nya di paul's place...

daripada Zam dan Tarmimi





No comments: