Sunday, December 28, 2008

EP BETA DURJANA (OUT NOW!)

PUSHPAPURA : Beta Durjana


Untuk mereka yang jauh, ini adalah langkah-langkah mudah untuk mendapatkan EP Beta Durjana.

1. Call or sms pada number 017-2320760(Tarmimi), kami akan balas sms anda untuk bagi butiran akaun bank kami.
2. Selepas selesai anda membuat 'cash deposit', sms kami jam berapa anda membuat 'cash deposit' bersama nama penuh dan alamat.
3. Kami akan membalas sms atau call anda dan terus membuat penghantaran segera melalui Pos Express.
4. Harga EP ini hanyalah RM 10.00 sahaja (termasuk 'postage') tak mahal, jangan gusar.
5. Terima Kasih.

Untuk kawan-kawan kerabat yang dekat.(ini pun RM 10.00 sahaja)

SMS je 017-232 0760 (kalau boleh hantar akan di hantar or jumpa di mana2)

senarai lagu adalah

1. beta durjana
2. labah-labah
3. di atmosfera ranjang
4. cinta korporat
5. blues neon malam
6. masokis
7. wirawan

terima kasih semua

Tarmimi Pushpapura

Monday, December 1, 2008

Beta Durjana : Di sebalik tabir

Seperti yang anda maklum, kami bakal keluar dengan EP terbaru yang bertajuk Beta Durjana. Di sini, adalah di sebalik tabir atau deskripsi setiap lagu yang terkandung nanti.

P/S: Belum keluar, so harap anda dapat menunggu hasil nya kelak.

BETA DURJANA oleh Pushpapura

Pushpapura terdiri daripada:
Berd - Vokal dan Gitar
Tarmimi - Gitar, Kibod dan Vokal
Nawa - Gitar, Biola dan Vokal
Zam - Bass dan Vokal
Syahdu - Drum

Diterbitkan untuk anda oleh Pushpapura
Proses rakaman dilaksanakan oleh Tarmimi dan Pushpapura sekitar April 2008 - Oktober 2008
Diadun oleh Tarmimi
Grafik oleh KO aka hailtothemonkey

1. Beta Durjana - Sebuah lagu instrumental elektronik yang di gubah dan di cipta oleh Tarmimi dan Zamri di saat kebosanan, pada asalnya adalah lagu "suke-suke jer" tapi sumbat kerana "pelik". Teknik mengawal pitch menggunakan knob delay...agak sukar...

2. Labah-Labah - Intro yang agak "dark" dan "psychedelic". Lagu yang dicipta oleh Tarmimi yang mana mengisahkan seorang pemuda yang lebih rela hidup di sarang labah-labah dari hidup di dunia fana yang penuh "pelastic".

3. Di Atmosfera Ranjang - Lirik di tulis oleh sahabat Tarmimi, Hafiz 'Lancau' sekitar 2004 dan lantas di ciptakan lagu berbaur nasyid dan berakhir dengan "Portishead wannabe".

4. Cinta Korporat - Lagu yang mengisahkan kehidupan seorang ahli korporat yang kaya raya yang ingin menakluk semesta bersama "ayamnya". Ya, saya ulangi...ayam. Semasa pembikinan lagu ini, Tarmimi menukar sound gitar sebanyak 3 kali menggunakan amp yang berlainan...3 kali penukaran 1st cancel, 2nd cancel, 3rd go! Banyak songeh, tapi untuk kebaikan.

5. Blues Neon Malam - Instrumental bluesy berkisarkan kehidupan malam KL yang durjana saat anak kecil sedang lena...

6. Masokis - Lagu yang dicipta oleh Zam pada 2004. Versi asalnya di rakam untuk kompilasi "The Issue". Di rakam kembali atas permintaan orang ramai. Lagu ini hakikatnya adalah lagu cinta, tapi apa salah nya? tak kan kita lahir ke dunia tanpa cinta...
Mengisahkan lelaki dan wanita yang sedang hangat bercinta, gatal nak beromen tetapi...si lelaki mengalami "masokis" semasa hubungan terjalin. Apakah kesudahannya?

7. Wirawan - Lagu yang sedikit "KAPAK", bermula dengan dialog yang dipetik dari filem klasik "Hang Tuah"...

Sekian,
Terima Kasih kerana membaca...