Friday, May 22, 2009

H1N1 - Topeng

Berikutan wabak selsema "piggy" yang merebak, mari sama-sama memakai topeng mulut...terutama yang menggunakan pengangkutan awam untuk ke tempat kerja, kita tak tahu nasib kita...siapa tahu?




daripada
THE PRESIDENT OF .........

Sunday, May 3, 2009

Sedikit nafas baru...

Di sini kami menyajikan satu lagu terbaru yang bertajuk Batu Angkasa, proses vokal belum lagi dilaksanakan kerana kesibukan ahli-ahli kami untuk berkumpul dan bersua buat masa sekarang, takpe..pelan-pelan...

enjoy...

dan boleh tinggalkan sedikit komen ya...

cheers

Thursday, April 16, 2009

Terima Kasih kerana menghargai...

Baru-baru ini, sahabat kami... komando_TRG @ yang menggunakan nama nickname Masokis telah menghantar comment pada kami...sila rujuk gambar di bawah...



terima kasih kerana menghargai karya kami...

Ditaip oleh
"Tanpa Nama"

Thursday, April 9, 2009

Sesi Temubual

Baru-baru ini, aku ditemubual oleh En datmasehBETA dari myindie.fm. Check it out yo...

Click sini -------> http://myindie.fm



Terima Kasih

Tuesday, April 7, 2009

Di atmosfera dungun

3 April 09 / 10.00pm
Bas bertolak dari perhentian bas putra, perjalanan kami disertai oleh Tarmimi, Zam, Berd, Syahdu, Hafiz, Ann dan Erne. Malam itu perasaan kami amatlah teruja kerana kami akan pergi ke Dungun, tempat di mana Pushpapura ditubuhkan 5 tahun yang lalu, semasa era mosh-pit. Perjalanan bas agak lancar cuma agak jauh rasa, mungkin sudah lama tak pergi ke sana.

Selepas beberapa jam bergerak, bas berhenti berehat di 'Chukai @ kemaman' dan kami sempat minum untuk memanaskan badan yang sejuk di belasah penyaman udara di dalam bas.
Rujuk gambar di bawah.



Selepas kira 1/2 jam berehat, bas meneruskan perjalanan. Kami sampai kira 4.00++am.
Rujuk gambar di bawah.




Kami sempat bersarapan di kedai simpang di jalan Pak sabah (Bapak negeri sabah??)
Selepas menikmati sarapan, kami bahagi kepada 2 kumpulan untuk menetap di rumah berd dan rumah buja (ex-drummer pushpapura).

4 April 09 / 12.00pm
Berd, Erne, Zam, Syahdu dan Hafiz sempat bersiar-siar seketika di sepanjang jalan pantai dungun dan mereka sempat menangkap beberapa keping gambar. Sungguh riang mereka saat ini. Pada ketika ini, Tarmimi dan Ann tengah melepak di rumah buja kerana menurut organizer, event akan bermula pada 2.00pm.
Rujuk gambar di bawah.






Selepas itu, kami terus ke dewan kong EE untuk melaksanakan tanggungjawab kami. Sound agak 'so-so', kami band ke 5 yang membuat persembahan dan pada ketika ini kebanyakan crowd sudah keletihan kerana melayan band-band yang agak "hardcore", tapi mereka menghayati muzik kami dengan tekun. We love u!





Selesai sahaja membuat persembahan, event di hentikan untuk berehat seketika. Dan Izi @ Dungeon Community mengajak kami untuk menyertai acara makan-makan bersama crew-crew dungeon community dan band-band yang terlibat, tapi malangnya, kami terpaksa menolak kerana pada malam itu, sahabat-sahabat kami telah menyediakan aktiviti bakar-membakar di tepi pantai @ mat salleh cakap barbeque or BBQ. Sorry guys.

Dalam lingkungan 10.00++pm, kami terus ke upacara yang digembar-gemburkan tadi. Yeah!
Kredit terbesar untuk orang kuat yang menjayakan acara ini. Buja, he's the man! bersama rakan-rakan lain yang kami hormati.
Hafiz 'Lancau'
Anis
Kudin
Urchin









5 April 09
Tak banyak yang kami lakukan pada siangnya melainkan merehatkan badan-badan yang keletihan yang amat sangat. Pada petang, saat paling di tunggu-tunggu oleh kami. Mari mandi laut! Tetapi kami sekadar bermain di 'sipi-sipi' pantai kerana keadaan ombak yang agak ganas ketika itu. Gambar di bawah cukup menjelaskan segala-galanya.











Jam menunjukkan pukul 7.15pm, kami pulang ke rumah untuk bersiap-siap pulang. Sebelum itu kami makan malam di sebuah kedai makan bernama 'Sri Dungun Tomyam', tak berapa pasti, tapi lebih kurang la nama dia...
Rujuk gambar di bawah.




Acara penutup...
Selepas selesai makan malam, kami terus ke perhentian bas dungun. Jam menunjukkan kira-kira 11.05pm. Kami akan balik semula ke kota metropolitan, kuala lumpur...dengan ini, kami mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada
-Buja
-Hafiz "Lancau"
-Anis
-Andex
-Farid
-Urchin
-Baby
-Kudin
-Balqis
-Dungeon Community







Tammat
Di taip oleh
"Tanpa Nama"

Sunday, March 8, 2009

Chinatown Strikes Back!

Tuesday, March 3, 2009

Mari kita turut serta dlm VOTE EARTH





Hanya satu jam, sebagai tanda anda adalah PENDUDUK DI MUKA BUMI INI....

info terperinci, di sini ------->http://www.earthhour.org.my/

Tuesday, February 24, 2009

20 February 09 / Sesi latihan

FYI, Nawa sedang merehatkan diri dari Pushpapura kerana sedang fokus pada kerjaya dan kelas violin/kibodnya. Di sini terdapat beberapa gambar Tarmimi, Zam sedang meng"audition" seorang ahli yang bakal mengisi slot yang ditinggalkan Nawa. Namanya Hafiz. Sorry kami tak sempat make up, kena serbu so jangan 'fire' kami selekeh ok. Hahaha.